
Article
Kpn Adakan Lawatan Kerja Ke Balai Polis Karakit
Kudat, 8 Mei 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Datuk Seri Panglima Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini mengadakan lawatan kerja ke Balai Polis Karakit, Sabah...
Kudat, 8 Mei 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Datuk Seri Panglima Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini mengadakan lawatan kerja ke Balai Polis Karakit, Sabah, di sini.
Lawatan tersebut bertujuan meninjau keadaan fasiliti serta persekitaran kerja warga Polis Diraja Malaysia di peringkat balai, selain mendapatkan maklum balas berkaitan keperluan semasa dan aspek kebajikan pegawai serta anggota bertugas.
Dalam lawatan berkenaan, beliau turut diberikan taklimat ringkas oleh Ketua Polis Daerah Kudat, Superintenden Mohd Haris Hj. Ibrahim mengenai penugasan harian di balai tersebut, termasuk isu keselamatan di kawasan sempadan di bawah tanggungjawab balai tersebut.
Beliau turut mengambil kesempatan beramah mesra bersama pegawai dan anggota bertugas sebagai tanda sokongan serta penghargaan terhadap komitmen mereka dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk Jauteh Dikun, JP, Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, Pasukan Gerakan Am (PGA) Bukit Aman, DCP Dato’ Mohamad Suzrin Mohd Rodhi, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Datuk Abdul Rahman Kassim, Komander Briged Sabah PGA, SAC Datuk Nor Omar Sappi, Komander Pasukan Polis Marin W4 Sabah, ACP Ahmad Amri Abd Rahman dan Ketua Polis Balai Karakit, ASP Mohd Yassin Sagap.
Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin