
Artikel
Kpn Adakan Lawatan Kebajikan Ke Atas Pesara Polis
Serdang, 4 Mac 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail mengadakan lawatan kebajikan ke atas pesara polis, SAC Datuk Mat Zaki M...
Serdang, 4 Mac 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail mengadakan lawatan kebajikan ke atas pesara polis, SAC Datuk Mat Zaki Md Zain di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia, semalam.
Dalam lawatan tersebut, Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid telah menyampaikan sumbangan kebajikan kepada Datuk Mat Zaki sebagai tanda penghargaan atas jasa dan pengorbanan beliau sepanjang berkhidmat dalam Pasukan. Beliau juga tidak ketinggalan menitipkan kata-kata semangat dan mendoakan agar Datuk Mat Zaki diberi kesembuhan.
Turut mengiringi Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid menyantuni pesara berkenaan ialah Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Norhizam Bahaman.
Jurufoto: Hal Ehwal Pesara Polis, Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang





