
Artikel
Kpn Adakan Kunjungan Hormat Terhadap Ketua Menteri Sarawak
Ianya merupakan kunjungan hormat pertama buat Tan Sri Acryl Sani ke atas Ketua Menteri Sarawak semenjak beliau menjawat jawatan sebagai KPN pada awal Mei tahu
Kuching, 17 November 2021 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani semalam mengadakan kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Hj. Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Hj. Openg di pejabatnya, di sini.
Ianya merupakan kunjungan hormat pertama buat Tan Sri Acryl Sani ke atas Ketua Menteri Sarawak semenjak beliau menjawat jawatan sebagai KPN pada awal Mei tahun lalu.
Hadir sama mengiringi KPN dalam majlis tersebut ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato' Sri Abd Jalil Hassan, Persuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato' Aidi Ismail dan Setiausaha Polis Malaysia, DCP Tuan Ruslan Khalid.