Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Adakan Kunjungan Hormat Terhadap Ketua Menteri Sabah

Published: 09 Sep 2022 11.27 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kota Kinabalu, 9 September 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini mengadakan kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hj. Hajiji Hj. Noor di pejabat rasminya di sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-adakan-kunjungan-hormat-terhadap-ketua-menteri-sabah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:08 MYT
Kota Kinabalu, 9 September 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hari ini mengadakan kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hj. Hajiji Hj. Noor di pejabat rasminya di sini, pagi tadi.

Hadir sama mengiringi KPN ialah Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Hazani Ghazali dan Pesuruhjaya Polis negeri, CP Dato' Idris Abdullah.

Kunjungan hormat tersebut antara lain membincangkan mengenai isu-isu keselamatan Negeri Di Bawah Bayu itu, khususnya di sempadan perairan selain usaha pemerkasaan lagi penugasan Pasukan.

Dalam sesi kunjungan itu juga, Dato' Sri Hazani telah menyampaikan taklimat keselamatan terutama operasi kawalan sempadan negara dan tahap kesiapsiagaan Polis Diraja Malaysia dalam menjaga ketenteraman awam.

Pada sebelah petang pula, Tan Sri Acryl Sani meneruskan lawatan kerjanya ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah bagi mendengar taklimat persediaan kontinjen dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 yang disampaikan oleh Ketua Jabatan KDNKA Sabah, ACP Khalid Saion.

Hadir sama sepanjang program tadi adalah Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, DCP Datuk Jauteh Dikun, Timbalan Pengarah Jabatan KDNKA (Pasukan Gerakan Am) Bukit Aman, DCP Dato’ Muhammad Abdul Halim, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Gilberd Philip Layang, Komander Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), DCP Hj. Hamzah Hj. Ahmad dan Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Skandaguru Anandan.

Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin

May be an image of 2 people and indoor

May be an image of 2 people, people standing and indoor

May be an image of 9 people, people standing, military uniform and indoor

May be an image of 3 people, people standing and indoor

May be an image of 4 people and indoor

May be an image of 2 people, people standing, indoor and text

May be an image of 2 people, people standing and indoor

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of 2 people, people sitting and people standing

May be an image of 7 people, people standing, office and indoor

ArticlePublished 09 Sep 2022 11.27 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM