
Artikel
Kpn Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas Tyt Yang Di Pertua Negeri Sabah
Kota Kinabalu, 2 Ogos 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail pagi tadi mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang Terutama...
Kota Kinabalu, 2 Ogos 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail pagi tadi mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Hj. Aman di Istana Seri Kinabalu, di sini.
Turut serta dalam sesi kunjungan hormat tersebut ialah Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk Jauteh Dikun, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Kamaruzaman Abdullah dan Ketua Cawangan Khas Kontinjen Sabah, SAC Datuk Abdul Rahman Ishak.
Pertemuan tersebut bersempena lawatan kerja rasmi Dato' Sri Hj. Mohd Khalid di kontinjen Sabah selain membincangkan isu-isu keselamatan negeri dan peranan berterusan Polis Diraja Malaysia dalam memperkukuh kestabilan serta kesejahteraan masyarakat khususnya rakyat Sabah.
Jurugambar: Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.