
Artikel
KPN ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS TYT YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG
Georgetown, 22 September 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail pagi tadi mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang Terut...
Georgetown, 22 September 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail pagi tadi mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato' Seri Utama Haji Ramli Ngah Talib di kediaman rasmi Seri Mutiara, di sini.
Hadir sama mengiringi beliau ialah Ketua Polis (KP) Pulau Pinang, CP Dato' Ts. Azizee Ismail, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Kamaruzaman Abdullah dan Timbalan KP Pulau Pinang, DCP Dato’ Mohd Alwi Zainal Abidin.
Kunjungan tersebut bertujuan memperkukuh kerjasama strategik antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerajaan negeri, di samping membincangkan isu-isu keselamatan dan peranan berterusan PDRM dalam memastikan kestabilan serta kesejahteraan masyarakat khususnya rakyat di negeri Pulau Mutiara itu.
Jurugambar: HEA IPK Pulau Pinang





