
Kpn Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas Timbalan Mdn Dan Menteri Komunikasi
Kuala Lumpur, 16 Jun 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Menteri Dalam Negeri (Timbalan MDN), Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah di Kompleks, Setia Perkasa, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Putrajaya, di sini.
Ketibaan Tan Sri Razarudin telah disambut Setiausaha Polis Malaysia, SAC Dato’ Kamaruzaman Abdullah bersama Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), ACP Julina Salehuddin.
Beliau turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Komunikasi, Datuk Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil di Menara Komunikasi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dekat Cyberjaya.
Kunjungan hormat Tan Sri Razarudin ke atas Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar dan Datuk Ahmad Fahmi bersempena persaraannya selain menzahirkan penghargaan kepada KDN dan Kementerian Komunikasi dalam usaha penggemblengan tenaga menguatkuasakan undang-undang dan pencegahan jenayah siber di negara ini.
Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery dan Lans Koperal Bryanlie Mustin