Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kpn Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas Menteri Komunikasi

Published: 02 Jul 2025 12.45 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Putrajaya, 2 Julai 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Komunikasi, Datuk Ahmad Fahmi Fadzil di pejabat rasminya di Kementerian Komunikasi, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-adakan-kunjungan-hormat-ke-atas-menteri-komunikasi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:52 MYT
Putrajaya, 2 Julai 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Komunikasi, Datuk Ahmad Fahmi Fadzil di pejabat rasminya di Kementerian Komunikasi, di sini.

Kunjungan tersebut yang merupakan lawatan sulung Dato’ Sri Mohd Khalid sejak dilantik sebagai KPN ke-15 pada 20 Jun lalu, sekali gus menjadi platform awal dalam memperkukuh sinergi strategik antara Polis Diraja Malaysia dengan Kementerian Komunikasi.

Pertemuan dua hala itu turut membuka ruang perbincangan mendalam mengenai pelbagai isu keselamatan digital, termasuk ancaman jenayah siber, penyebaran berita palsu serta langkah-langkah memperkukuh pertahanan ruang siber negara.

Usaha bersepadu ini amat signifikan dalam memastikan keselamatan digital rakyat terus terjamin seiring kemajuan teknologi masa kini.

Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery dan Konstabel Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 2 people, dais, the Oval Office and text

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 4 people and text
ArticlePublished 02 Jul 2025 12.45 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM