
Artikel
Kpn Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas Dgns Maghribi Di Perhimpunan Agung Interpol Ke 93
Marrakesh, 27 November 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail telah menamatkan lawatan kerja rasminya selama tiga hari di Per...
Marrakesh, 27 November 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail telah menamatkan lawatan kerja rasminya selama tiga hari di Perhimpunan Agung International Criminal Police Organization (INTERPOL) ke-93 dengan mengadakan kunjungan hormat ke atas Director General of National Security (DGNS) Maghribi, Mr. Abdellatif Hammouchi di pejabatnya, semalam.
Kunjungan tersebut bertujuan memperkukuh jaringan kerjasama antara Polis Diraja Malaysia dengan pihak berkuasa keselamatan Maghribi khususnya dalam usaha memerangi jenayah transnasional seperti keganasan, pemerdagangan orang, penyeludupan dadah serta pelbagai kesalahan rentas sempadan lain.
Dalam pertemuan itu, Mr. Abdellatif turut berhasrat untuk memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Malaysia bagi merasmikan dan memperkukuh kerjasama strategik tersebut.
Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid turut merakamkan penghargaan atas sambutan mesra yang diberikan serta kesempatan berinteraksi secara langsung dengan beliau.
Turut hadir, Timbalan Pengarah (Forensik/Perancangan Strategik) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Datuk Dennis Lim Kwang Keng, Ketua Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Pemalsuan/Pelaburan Bersindiket) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, SAC Marvin Tan Seng Kian dan ACP Perhubungan Antarabangsa, Urus Setia KPN Bukit Aman, ACP Loh Pey Pey.




