Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kontinjen Negeri Sembilan Pecah Tradisi Muncul Juara Kejohanan Bola Jaring Piala Kpn 2020

Published: 17 Jan 2020 4.47 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 17 Januari 2020 – Pasukan Bola Jaring Kontinjen Negeri Sembilan muncul juara Kejohanan Bola Jaring Piala Ketua Polis Negara (KPN) 2020 sekaligus membawa pulang piala pusingan selepas memecahkan tradisi kejuaraan selama 15 tahun milik Kontinjen Selangor dalam perlawanan akhir menentang Kontinjen Johor di Stadium Titiwangsa, di sini, petang tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kontinjen-negeri-sembilan-pecah-tradisi-muncul-juara-kejohanan-bola-jaring-piala-kpn-2020
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:23 MYT

Kuala Lumpur, 17 Januari 2020 – Pasukan Bola Jaring Kontinjen Negeri Sembilan muncul juara Kejohanan Bola Jaring Piala Ketua Polis Negara (KPN) 2020 sekaligus membawa pulang piala pusingan selepas memecahkan tradisi kejuaraan selama 15 tahun milik Kontinjen Selangor dalam perlawanan akhir menentang Kontinjen Johor di Stadium Titiwangsa, di sini, petang tadi.

Kedua-dua pasukan telah menunjukkan teknik permainan professional dan ternyata mengujakan para penonton yang hadir. Walau bagaimanapun, nasib lebih menyebelahi Kontinjen Negeri Sembilan dengan pungutan mata 46 berbalas 33 meskipun pasukan lawan telah memberikan saingan yang sengit.

Kontinjen Selangor terpaksa akur di tempat ketiga selepas tewas kepada Kontinjen Johor dalam perlawanan separuh akhir yang berlangsung semalam.

Seusai perlawanan tadi, majlis diteruskan dengan perasmian penutupan oleh Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Datin Seri Norazrin Marzuki yang mewakili KPN, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.

Dalam ucapannya, Puan Sri Norazrin memuji inisiatif Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menyenaraikan sukan bola jaring dalam takwim kejohanan, sekali gus memberi ruang kepada kaum wanita dalam Pasukan menonjolkan bakat dan kemahiran mereka.

Sebanyak 17 pasukan telah mewakili kontinjen masing-masing dalam kejohanan tersebut yang berlangsung selama empat hari, bermula 14 hingga 17 Januari lalu.

“Syabas dan tahniah atas komitmen dan semangat yang ditunjukkan oleh semua peserta. Biarpun kalian mempunyai tanggungjawab terhadap keluarga serta tugas hakiki di pejabat, namun tetap meluangkan masa bergiat aktif dalam bidang sukan, juga menyokong kejohanan anjuran PDRM,” ujar beliau lagi.

Majlis turut diserikan lagi dengan upacara penyampaian hadiah dan piala kepada para pemenang oleh Puan Sri Norazrin. Bagi kategori pemain terbaik dan penjaring terbanyak disandang oleh Sarjan Aryani Ajit dan ASP Siti Rafizah Johari dari Kontinjen Johor. Manakala bagi kategori pertahanan terbaik pula disandang oleh Koperal Sokongan Azeemah Abdullah dari Kontinjen Negeri Sembilan.

Hadir sama, Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato’ Ramli Din, Ketua Polis Kelantan, DCP Dato’ Hasanuddin Hassan, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, DCP Dato’ Kamarul Zaman Mamat, Penolong Pengarah Pengurusan (Keselamatan/Sukan/Rekreasi) merangkap Ketua Urusetia Kejohanan, ACP Mohd Sukri Kaman dan para pegawai kanan PDRM.

Kontinjen Negeri Sembilan Pecah Tradisi Muncul Juara Kejohanan Bola Jaring Piala Kpn 2020Kontinjen Negeri Sembilan muncul juara bagi Kejohanan Bola Jaring Piala Ketua Polis Negara 2020.

Image may contain: 10 people, people smiling, people standing and indoorPucuk pimpinan Tertinggi PERKEP Malaysia bergambar kenangan bersama Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Datin Seri Norazrin Marzuki.

Image may contain: 8 people, people smiling, people standingBarisan tetamu kehormat yang hadir sempena Kejohanan Bola Jaring Piala Ketua Polis Negara 2020.

Image may contain: 5 people, people playing sport, basketball court and outdoorSesi penyampaian piala kepada kategori pertahanan terbaik, Kpl/S Azeemah Abdullah dari Kontinjen Negeri Sembilan.

Image may contain: 2 people, people playing sportSekitar berlangsung perlawanan akhir Kejohanan Bola Jaring Piala Ketua Polis Negara 2020 antara Kontinjen Johor dengan Kontinjen Negeri Sembilan.

Image may contain: 3 peopleSekitar berlangsung perlawanan akhir Kejohanan Bola Jaring Piala Ketua Polis Negara 2020 antara Kontinjen Johor dengan Kontinjen Negeri Sembilan.

Image may contain: one or more people, people playing sport and basketball court
Sekitar berlangsung perlawanan akhir Kejohanan Bola Jaring Piala Ketua Polis Negara 2020 antara Kontinjen Johor dengan Kontinjen Negeri Sembilan.

Image may contain: 15 people, people smiling, people standing and outdoorBarisan pemain dari Kontinjen Selangor bergambar kenangan bersama Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Datin Seri Norazrin Marzuki.

Image may contain: 20 people, people smiling, people standingBarisan pemain dari Kontinjen Johor bergambar kenangan bersama Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Datin Seri Norazrin Marzuki.

Image may contain: 27 people, people smiling, basketball court and indoorBarisan pemain yang terpilih bagi Kejohanan Sukan MAKSAK 2020 yang akan berlangsung di Labuan bermula 4 hingga 9 Februari 2020.

ArticlePublished 17 Jan 2020 4.47 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM