Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kolaborasi Strategik Pdrm Ukm 171 Pegawai Kanan Graduasi Program Kepimpinan Kalis Masa Depan 20251017

Published: 17 Oct 2025 4.08 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 16 Oktober 2025 – Seramai 171 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diraikan dalam Majlis Graduasi Program Sijil Profesional Kepimpinan PDRM Kalis Masa Depan Sesi 2024-2025 yang berlangsung di Dewan Perdana Felda, di sini hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kolaborasi-strategik-pdrm-ukm-171-pegawai-kanan-graduasi-program-kepimpinan-kalis-masa-depan-20251017
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:38 MYT


Kuala Lumpur, 16 Oktober 2025 – Seramai 171 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diraikan dalam Majlis Graduasi Program Sijil Profesional Kepimpinan PDRM Kalis Masa Depan Sesi 2024-2025 yang berlangsung di Dewan Perdana Felda, di sini hari ini.

Majlis telah disempurnakan oleh Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Majid yang mewakili Ketua Polis Negara, IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail, bersama-sama Pengarah Yayasan Canselor UKM menjalankan fungsi sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Profesor Ts. Dr. Faizal Mohamed.

Dalam ucapan beliau, Dato’ Sri Abdul Aziz menzahirkan penghargaan kepada UKM atas komitmen dan kerjasama strategik yang terjalin sejak dimeterai pada 22 Ogos 2024, demi memperkasa kompetensi kepimpinan pegawai kanan PDRM.

“Inisiatif idealistik ini bertujuan meningkatkan profesionalisme pegawai kanan PDRM, selari dengan Pelan Strategik PDRM 2021-2025,” ujarnya.

Beliau menegaskan keperluan PDRM untuk diterajui pemimpin yang berkredibiliti, profesional dan berintegriti tinggi, khususnya dalam menghadapi perubahan landskap jenayah serta cabaran keselamatan negara masa kini.

Majlis turut diserikan dengan tayangan montaj khas yang mengetengahkan objektif program, diikuti penyampaian sijil kepada para graduan dalam tiga kategori utama iaitu Sijil Profesional Penilai Kompetensi Kepimpinan Tertinggi Dalam Kepolisan, Sijil Profesional Kepimpinan Strategik Kepolisan dan Sijil Profesional Kepimpinan Pengoperasian Kepolisan.

Menutup ucapan, beliau berharap agar kolaborasi antara PDRM dengan UKM akan terus melahirkan modal insan yang dinamik, berdaya saing dan kalis masa depan, demi mengekalkan ekosistem keselamatan negara yang komprehensif dan efisien.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Rusdi Mohd Isa, Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, CP Gilberd Philip Layang dan para pegawai kanan PDRM serta UKM.

Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery dan Konstabel Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi

Kolaborasi Strategik Pdrm Ukm 171 Pegawai Kanan Graduasi Program Kepimpinan Kalis Masa Depan 20251017

Kolaborasi Strategik Pdrm Ukm 171 Pegawai Kanan Graduasi Program Kepimpinan Kalis Masa Depan 20251017

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Kolaborasi Strategik Pdrm Ukm 171 Pegawai Kanan Graduasi Program Kepimpinan Kalis Masa Depan 20251017

Kolaborasi Strategik Pdrm Ukm 171 Pegawai Kanan Graduasi Program Kepimpinan Kalis Masa Depan 20251017

May be an image of ‎dais and ‎text that says '‎ایر ድህቃ ※ HAKM MILIK‎'‎‎

ArticlePublished 17 Oct 2025 4.08 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM