Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kolaborasi Berterusan Pdrm Dan Ukm Dalam Perangi Jenayah Narkotik

Diterbitkan: 23 Sep 2025 7.56 AM Dikemas kini: 23 Sep 2026 5.53 PM
Kuala Lumpur, 23 September 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Bilangan 2 bagi Tahun 2025 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kolaborasi-berterusan-pdrm-dan-ukm-dalam-perangi-jenayah-narkotik
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:59 MYT
Kuala Lumpur, 23 September 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Bilangan 2 bagi Tahun 2025 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, pagi tadi.

Mesyuarat tersebut merupakan rentetan kolaborasi dan usaha sama antara PDRM khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang diadakan pada bulan Mac lalu.

Antara agenda mesyuarat yang dibincangkan mengenai pembentangan kertas kerja, status Bahan Psikoaktif Baharu (NPS) di Malaysia dan perkembangan memorandum persefahaman di antara PDRM dengan UKM.

Tan Sri Ayob Khan dalam ucapannya berkata, jalinan kolaborasi strategik PDRM dan UKM ini menjadi wadah penting memanifestasi naratif kebangsaan dalam usaha membanteras dadah menerusi pendekatan saintifik, sistemik dan strategik.

"Menerusi kerjasama ini, saya berharap PDRM dan UKM dapat bersama-sama menerajui inovasi bidang risikan jenayah dadah berasaskan biologi dan kecerdasan buatan, selaras dengan aspirasi United Nations Office on Drugs and Crime 2030," ujarnya lagi.

Hadir sama dalam mesyuarat yang diadakan ialah Profesor Kimia Takorganik Fakulti Sains dan Teknologi, UKM merangkap Timbalan Pengerusi II Jawatankuasa Pemandu, Profesor Dato’ Dr. Mohamad Kassim, Pengarah JSJN, Dato' Hussien Omar Khan, barisan Timbalan Pengarah PDRM, Pegawai Sains Jabatan Kimia Malaysia, Dr. Saravana Kumar Jayaram, Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Cawangan Pelesenan, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM), Puan Siti Mariaton Abd. Moksin dan barisan pegawai kanan PDRM, UKM serta KKM.
Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 11 people and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of ‎6 people and ‎text that says '‎gHك AKMILIK MILIK AK RM IBU PEJABAT POLIS DIRAJA MALAYS BUKIT AMAN Lit‎'‎‎

May be an image of 2 people and text that says 'EABAI GU RAJA MALAYSIA JKITAMA JKI AMANMILIK KITAMANMILIK Κ あい DOLL C 21 DRAL'

May be an image of 7 people, people studying, newsroom and text


ArtikelDiterbitkan 23 Sep 2025 7.56 AMDikemas kini 23 Sep 2026 5.53 PM