Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kita Demi Negara Kdn Dan Pdrm Ajak Rakyat Bersama Jaga Keselamatan Negara

Published: 17 Mar 2022 8.08 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 17 Mac 2022 - Selari dengan agenda 'Keluarga Malaysia', Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama agensi-agensi di bawahnya termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), menyeru rakyat untuk lebih cintakan negara di samping menunaikan tanggungjawab menjaga keselamatan tanah air.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kita-demi-negara-kdn-dan-pdrm-ajak-rakyat-bersama-jaga-keselamatan-negara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:52 MYT

Kuala Lumpur, 17 Mac 2022 - Selari dengan agenda 'Keluarga Malaysia', Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama agensi-agensi di bawahnya termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), menyeru rakyat untuk lebih cintakan negara di samping menunaikan tanggungjawab menjaga keselamatan tanah air.

Kempen 'Kita Demi Negara' yang secara rasminya dilancarkan Menteri Dalam Negeri (MDN), Dato' Seri Hamzah Zainudin di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini pagi tadi turut mensasarkan penglibatan dan kerjasama lebih menyeluruh antara masyarakat dengan warga KDN.

Lebih menarik tentang kempen tersebut, ia turut mengajak rakyat Malaysia untuk meningkatkan semangat patriotisme dan membina perpaduan serta keharmonian dalam kalangan masyarakat yang berbilang bangsa.

Hadir mengiringi MDN dalam majlis pelancaran tadi ialah Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Razarudin Husain dan barisan Pengarah PDRM.

PDRM menerusi Pasukan Senoi Praaq Pasukan Gerakan Am turut berbangga apabila diberi penghormatan mempersembahkan gimik pelancaran 'Tarian Perang' yang jelas memukau para jemputan.

Beberapa ruang pameran PDRM turut dibuka bersempena kempen tersebut seperti pameran senjata daripada Pasukan Gerakan Khas, Unit 69 Komando dan Unit Tindakhas (UTK), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Jonathan Yasin, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Dato' Sri Mohd Syafiq Abdullah, Ketua Setiausaha KDN, Dato' Sri Wan Ahmad Dahlan Hj. Abdul Aziz, Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato' Azmi Abu Kassim, Komander Pasukan Gerakan Udara, DCP Dato' Hishamuddin Tahar dan Komander Eastern Command, DCP Hj. Hamzah Hj. Ahmad.

Jurugambar: Koperal Muhamad Rafsamjani Shamsul Bahar dan Lans Koperal Bryanlie Mustin

May be an image of 4 people

May be an image of 5 people and people standing

May be an image of 5 people and text

May be an image of 1 person and standing

May be an image of 1 person, standing and text that says 'ATO HAMZAH'

May be an image of 2 people and text that says 'AK MIL'

May be an image of 2 people, people standing and text

May be an image of 6 people, people sitting and people standing

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of 5 people

ArticlePublished 17 Mar 2022 8.08 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM