Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kisah Anggota Ungerin Bersama Malaysiaku

Diterbitkan: 10 Sep 2025 6.10 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Lans Koperal Muhammad Syafiq Nordin, 26, ialah anggota Unit Gempur Marin (UNGERIN) di bawah Pasukan Polis Marin. Berbekalkan disiplin tinggi serta latihan mencabar, anggota pasukan elit ini dilatih dalam taktik khas, selaman, pertempuran jarak dekat dan operasi membanteras jenayah rentas sempadan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kisah-anggota-ungerin-bersama-malaysiaku
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:54 MYT
Lans Koperal Muhammad Syafiq Nordin, 26, ialah anggota Unit Gempur Marin (UNGERIN) di bawah Pasukan Polis Marin. Berbekalkan disiplin tinggi serta latihan mencabar, anggota pasukan elit ini dilatih dalam taktik khas, selaman, pertempuran jarak dekat dan operasi membanteras jenayah rentas sempadan

Sama ada di lautan bergelora mahupun di muara terpencil, kehadiran UNGERIN menjadi benteng utama mengekang ancaman penyeludupan, lanun dan pencerobohan, sekali gus memastikan kedaulatan negara terus terpelihara.

Mungkin jarang muncul di mata umum, namun UNGERIN tetap teguh berdiri sebagai wira samudera yang rela berkorban demi keselamatan dan ketenteraman rakyat.
“Bersama Malaysiaku, demi tanah air tercinta.”

Lawati laman sesawang https://bersamamalaysiaku.malaysiamadani.gov.my dan nyatakan ekspresi anda bagi menyokong aspirasi BERSAMA MALAYSIAKU.

ArtikelDiterbitkan 10 Sep 2025 6.10 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM