Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kisah Anggota Cbrne Bersama Malaysiaku

Published: 03 Sep 2025 2.34 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Koperal Joenathan Gadius, 30, adalah antara wira di sebalik tabir keselamatan negara. Beliau berkhidmat dalam Chemical, Biological, Radiological, Nuclear, and Explosives (CBRNE), Cawangan Persenjataan, Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman yang juga merupakan sebuah unit khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berperanan menangani ancaman bahan letupan serta bahan berbahaya.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kisah-anggota-cbrne-bersama-malaysiaku
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:23 MYT

Koperal Joenathan Gadius, 30, adalah antara wira di sebalik tabir keselamatan negara. Beliau berkhidmat dalam Chemical, Biological, Radiological, Nuclear, and Explosives (CBRNE), Cawangan Persenjataan, Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman yang juga merupakan sebuah unit khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berperanan menangani ancaman bahan letupan serta bahan berbahaya.

Tugas beliau bukan sekadar mengurus dan mengawal, malah memberi tindak balas segera terhadap sebarang insiden melibatkan bahan kimia, biologi, radiasi dan nuklear yang berpotensi mengancam keselamatan rakyat.

Di sebalik risiko tinggi dan ancaman yang tidak diduga, warga CBRNE sentiasa cekal dan komited. Keberanian serta dedikasi mereka menjadi benteng utama demi memastikan ketenteraman awam dan keselamatan negara terus terjamin, seiring dengan aspirasi Malaysia MADANI.

“Bersama Malaysiaku, demi tanah air tercinta.”

Lawati laman sesawang https://bersamamalaysiaku.malaysiamadani.gov.my untuk menyatakan ekspresi anda dalam menyokong aspirasi BERSAMA MALAYSIAKU.

ArticlePublished 03 Sep 2025 2.34 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM