Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kini Fb Pdrm Sudah Berusia 10 Tahun

Diterbitkan: 21 Sep 2020 2.36 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Tanggal 21 September 2020 mengukir sejarah penuh bermakna buat Facebook (FB) Rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah menginjak usia 10 tahun kewujudannya, dalam memastikan masyarakat sentiasa mendapat informasi yang cepat dan tepat berhubung isu-isu keselamatan serta keamanan negara.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kini-fb-pdrm-sudah-berusia-10-tahun
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:40 MYT

Tanggal 21 September 2020 mengukir sejarah penuh bermakna buat Facebook (FB) Rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah menginjak usia 10 tahun kewujudannya, dalam memastikan masyarakat sentiasa mendapat informasi yang cepat dan tepat berhubung isu-isu keselamatan serta keamanan negara.

Sejujurnya, tidak pernah terjangkau dalam fikiran bahawa dari angka hanya seorang peminat, kini kami diikuti oleh lebih 2 JUTA PEMINAT SETIA! Ternyata kalian semua memang TERBAIK dan "OHSEM"!

Atas sokongan padu kalian itulah yang membuatkan Pasukan FB PDRM sentiasa bersemangat dan tidak pernah berehat walaupun sehari, demi memastikan kandungan yang disaji adalah segar dan mengikut trend semasa.

Biarpun kadang kala terpaksa bertugas hingga awal pagi, namun setelah melihat hasil kerja dan karya kami dikongsi serta dihargai oleh anda, percayalah, hilang penat di badan dan terukir senyuman indah di wajah kami semua. Sokongan anda amat besar maknanya buat kami.

Semoga kesetiaan kalian kepada FB PDRM dan lain-lain media sosial kami akan terus kekal dan kuat hingga tahun-tahun yang mendatang. Kami berjanji akan meningkatkan lagi mutu penyampaian maklumat dan menyalurkan berita yang berinformasi demi memastikan rakyat dan negara Malaysia sentiasa dalam keadaan aman dan harmoni.

SOKONGAN ANDA, KEUTAMAAN KAMI 😍😍😍

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#PolisDanMasyarakatBerpisahTiada
#21092020

Kini Fb Pdrm Sudah Berusia 10 Tahun

ArtikelDiterbitkan 21 Sep 2020 2.36 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM