
Ketua Unit Rondaan Lebuhraya Gangwon Korea Selatan Adakan Lawatan Kerja Ke Jspt
Kuala Lumpur, 10 Disember 2019 - Ketua Unit Rondaan Lebuhraya Wilayah Gangwon dari Agensi Polis Kebangsaan Korea Selatan (Korea National Police Agency), Superintendant Jung Insung telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman di sini, petang tadi.
Ketibaan beliau bersama 26 para pegawai Unit Rondaan Lebuhraya tersebut disambut oleh Pengarah JSPT, DCP Dato’ Azisman Alias.
Lawatan tersebut bertujuan membincangkan isu-isu berkaitan penguatkuasaan, pengurusan trafik lebuh raya dan pengurusan saman.
Turut hadir, ketua-ketua penolong pengarah dan pegawai kanan JSPT.