
Article
Ketua Polis Negara Terima Darjah Kebesaran Bintang Dan Pingat Persekutuan Tahun 2024
Seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain atas pengurniaan Darjah Kebesara...
Seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain atas pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Mangku Negara (P.M.N.) yang membawa gelaran Tan Sri.
Tan Sri Razarudin menerima P.M.N. dalam Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tahun 2024 yang berlangsung di Balairong Seri, Istana Negara, pagi tadi.