
Article
Ketua Polis Negara Terima Darjah Kebesaran Bintang Dan Pingat Persekutuan Tahun 2021
Seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani atas Pengurniaan Dar...
Seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani atas Pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Mangku Negara (P.M.N.) yang membawa gelaran Tan Sri.
Tan Sri Acryl Sani menerima P.M.N. dalam Istiadat Mengadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2021 sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang berlangsung di Istana Negara, pagi tadi.