
Artikel
Ketua Delegasi Pdrm Berucap Pada Persidangan Uncops 2022
Ketua Polis Pahang, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf antara lain berkongsi pandangan bahawa PDRM menggesa semua negara untuk mempertingkatkan penguasaaan dala...
New York, 2 September 2022 - Acara kemuncak Program Third United Nations Chiefs of Police Summit (UNCOPS) 2022 di Amerika Syarikat, berlangsung dengan Ketua Delegasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyampaikan ucapan di hadapan 193 ketua delegasi negara asing di UN Plaza, di sini.
Ketua Polis Pahang, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf antara lain berkongsi pandangan bahawa PDRM menggesa semua negara untuk mempertingkatkan penguasaaan dalam bidang teknologi maklumat, untuk mendepani cabaran mendatang.
Di peringkat antarabangsa, Dato' Sri Ramli turut menggesa kerjasama semua pihak di dalam UNCOPS untuk menangani cabaran penipuan dalam talian yang dilihat tidak berkesudahan.
Dalam persidangan agung yang diadakan mengikut waktu tempatan (Isnin di Amerika Syarikat), delegasi PDRM turut diwakili Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato' Sayuti Bakar akan membuat penggulungan di pejabat Permanent Mission of Malaysia to the United Nations.
Pada sebelah malam hari yang sama, majlis makan malam yang dianjurkan oleh Penasihat Pertahanan Pertusan Tetap Malaysia ke PBB, Kolonel Shamsuri Noordin di Forest Hills, Queen dekat sini.
Yang turut hadir, Ketua Pegawai Turus Istiadat Jabatan Pengurusan PDRM Bukit Aman, Superintendan Mohamad Ra'ayim Hj. Jemakir dan Ketua Balai Polis Lumut merangkap Pegawai Perhubungan PBB ke New York, ASP Thangaraja Balaraman.
Jurugambar: Inspektor Muhamad Asiff Jamaldin






