Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keselamatan Ditempat Letak Kereta

Published: 13 Nov 2018 5.37 AM Updated: 15 Aug 2026 6.28 PM
Peka dengan keadaan sekeliling. Letaklah kenderaan anda di parkir yang jauh jika ianya lebih selamat berbanding parkir yang berdekatan, tetapi boleh mengundang bahaya. UTAMAKAN KESELAMATAN DARIPADA KESELESAAN.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keselamatan-ditempat-letak-kereta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 02:43 MYT

Keselamatan Ditempat Letak Kereta

1. Peka dengan keadaan sekeliling. Letaklah kenderaan anda di parkir yang jauh jika ianya lebih selamat berbanding parkir yang berdekatan, tetapi boleh mengundang bahaya. UTAMAKAN KESELAMATAN DARIPADA KESELESAAN.

2. Minta bantuan rakan atau pengawal keselamatan untuk menemani anda ke tempat letak kereta sekiranya keadaan persekitaran gelap atau merasakan tindakan tersebut adalah lebih selamat.

3. Jadikan sebagai satu kebiasaan untuk meninjau dahulu keadaan di dalam kenderaan sebelum masuk. Walaupun kemungkinan orang yang tidak dikenali berada di dalam kenderaan anda adalah kecil, namun perbuatan tersebut menunjukkan tahap kewaspadaan anda terhadap sebarang bentuk jenayah.

4. Pastikan anda sudah bersedia dengan kunci di tangan sebelum menghampiri kenderaan. Elakkan daripada dilihat tercari-cari sesuatu di dalam beg ketika di tempat awam yang secara tidak langsung memberi peluang penjenayah untuk mengambil kesempatan terhadap anda.

5. Perbuatan yang digalakkan selepas memasuki kenderaan adalah mengunci pintu sebelum menghidupkan enjin. Cuba elak daripada melengah-lengkahkan masa di tempat terbuka dan segera beredar selepas urusan selesai.
ArticlePublished 13 Nov 2018 5.37 AMUpdated 15 Aug 2026 6.28 PM