Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kesalahan Membuang Sampah Daripada Kenderaan

Published: 15 Jul 2019 8.29 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Amalan menjaga kebersihan persekitaran bukan sahaja dituntut oleh setiap agama, malah perbuatan tersebut juga perlu dipraktikkan dalam kalangan pemandu dan penumpang kenderaan. Terdapat segelintir pemandu atau penumpang yang suka mengamalkan tabiat membuang sampah di atas jalan raya melalui tingkap kenderaan. Tindakan tersebut adalah perbuatan buruk kerana sampah yang dibuang bukan sahaja mencemarkan alam sekitar, ma
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kesalahan-membuang-sampah-daripada-kenderaan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:32 MYT
Amalan menjaga kebersihan persekitaran bukan sahaja dituntut oleh setiap agama, malah perbuatan tersebut juga perlu dipraktikkan dalam kalangan pemandu dan penumpang kenderaan. 

Terdapat segelintir pemandu atau penumpang yang suka mengamalkan tabiat membuang sampah di atas jalan raya melalui tingkap kenderaan. Tindakan tersebut adalah perbuatan buruk kerana sampah yang dibuang bukan sahaja mencemarkan alam sekitar, malah membahayakan pengguna jalan raya yang lain sehingga boleh menyebabkan kemalangan jalan raya. 

Perlu diingat, membuang sampah dari kenderaan juga boleh dikenakan tindakan di bawah Kaedah 52, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN 166/1959) dengan denda maksimum RM300.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan supaya mengumpul sampah dalam kenderaan terlebih dahulu dan membuangnya di tempat yang disediakan apabila berhenti untuk berehat ketika memandu.

Kesalahan Membuang Sampah Daripada Kenderaan
ArticlePublished 15 Jul 2019 8.29 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM