Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kesalahan Kesalahan Berkenaan Dengan Agama

Published: 15 Dec 2018 7.20 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Membencana atau mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kesalahan-kesalahan-berkenaan-dengan-agama
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:49 MYT

SEKSYEN 295, AKTA 574 KANUN KESEKSAAN 

Membencana atau mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan. 

Barang siapa membinasakan, merosakkan atau mencemarkan mana-mana tempat sembahyang atau apa-apa benda yang dipegang suci oleh mana-mana golongan orang, dengan niat dengan jalan demikian mengaibkan mana-mana golongan orang dan mengakibatkan kebinasaan, kerosakan, atau pencemaran kepada agama mereka hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Akta-akta serta undang-undang yang digunapakai di negara kita sudah cukup terbukti adil untuk seluruh lapisan masyarakat tidak mengenal warna kulit agama dan bangsa. 

Peliharalah keamanan yang kita kecapi sekarang. Jika kita bersikap mementingkan diri sendiri dan saling memprovokasi tidak mustahil tragedi hitam 13 Mei akan terjadi sekali lagi. 

Sebar Fakta Bukan Auta!
Spread The News Guys!!

Kesalahan Kesalahan Berkenaan Dengan Agama
ArticlePublished 15 Dec 2018 7.20 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM