Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kes Pukul Pekerja Stesen Minyak Dua Lelaki Ditahan Bantu Siasatan

Published: 18 Oct 2018 3.44 PM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Tapah, 18 Oktober 2018 - Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes pukul seorang pekerja stesen minyak di Sungkai dekat sini pada 6 Oktober lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kes-pukul-pekerja-stesen-minyak-dua-lelaki-ditahan-bantu-siasatan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:22 MYT

Tapah, 18 Oktober 2018 - Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes pukul seorang pekerja stesen minyak di Sungkai dekat sini pada 6 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, suspek pertama berumur 40 tahun ditahan pada pukul 9.45 malam semalam di rumahnya di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Menurutnya, lelaki berkenaan ditahan reman sehingga 21 Oktober ini.

Katanya, suspek kedua berumur 25 tahun ditahan pada pukul 4.15 petang tadi setelah menyerah diri di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah dan akan direman esok di Mahkamah Majistret Tapah.

"Kedua-dua suspek ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan," katanya hari ini.

Dalam kejadian 6 Oktober lalu, seorang pekerja stesen minyak di Sungkai dipukul oleh pelanggan kerana dikatakan tersilap mengisi jenis minyak petrol.

Pekerja tersebut dikatakan tersilap kerana mengisi minyak RON 95 sedangkan pelanggan mahukan minyak RON 97.

Rakam video kejadian itu tular dan dikongsi ramai pengguna laman sosial. - UTUSAN ONLINE

Kes Pukul Pekerja Stesen Minyak Dua Lelaki Ditahan Bantu Siasatan
ArticlePublished 18 Oct 2018 3.44 PMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM