Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kes Memandu Lawan Arus Polis Sudah Tahan Pemandu Lori

Diterbitkan: 07 Oct 2018 11.57 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Hulu Selangor, 7 Oktober 2018 - Seorang lelaki ditahan selepas memandu lori secara berbahaya dan melawan arus di Kilometer 432 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran susur masuk Plaza Tol Sungai Buaya, di sini, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kes-memandu-lawan-arus-polis-sudah-tahan-pemandu-lori
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:56 MYT

Hulu Selangor, 7 Oktober 2018 - Seorang lelaki ditahan selepas memandu lori secara berbahaya dan melawan arus di Kilometer 432 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran susur masuk Plaza Tol Sungai Buaya, di sini, hari ini.

Kejadian jam 9.15 pagi itu mengakibatkan kemalangan membabitkan sebuah lagi lori di laluan berkenaan yang gagal mengelak kenderaan dipandu melawan arus oleh lelaki terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Superintendan Azman Shari’at berkata, kemalangan itu berlaku apabila lori dipandu lelaki berusia 37 tahun memandu di lorong tengah dengan melawan arus.

“Sebuah lori dipandu lelaki berusia 48 tahun yang berada di lorong tengah tidak sempat mengelak lori berkenaan menyebabkan kedua-dua kenderaan itu bertembung,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Azman berkata, kedua-dua pemandu lori terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Hasil ujian saringan awal dilakukan terhadap pemandu lori berkenaan didapati negatif dadah.

“Lelaki terbabit juga dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk diambil darah bagi tujuan pemeriksaan alkohol.

Beliau berkata, kemalangan itu mengakibatkan kedua-dua kenderaan terbabit rosak di bahagian kiri dan hadapan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya,” katanya.

Rakaman video kejadian berdurasi satu minit 25 saat turut tular selepas dimuat naik di media sosial, hari ini.

Sumber: Berita Harian Online

Kes Memandu Lawan Arus Polis Sudah Tahan Pemandu Lori

ArtikelDiterbitkan 07 Oct 2018 11.57 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM