Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kes Langgar Wan Amirah Suspek Utama Disiasat Mengikut Seksyen 302 Kerana Membunuh

Published: 23 Oct 2018 6.43 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
SEPANG - Suspek utama kes langgar lari yang menyebabkan kematian kakitangan Telekom Malaysia (TM) di Cyberjaya, minggu lalu direman semula lima hari bermula hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kes-langgar-wan-amirah-suspek-utama-disiasat-mengikut-seksyen-302-kerana-membunuh
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:29 MYT

SEPANG - Suspek utama kes langgar lari yang menyebabkan kematian kakitangan Telekom Malaysia (TM) di Cyberjaya, minggu lalu direman semula lima hari bermula hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Yusna Khadijah Md Yusop terhadap suspek warga Libya berusia 23 tahun.

Turut direman, dua rakan suspek masing-masing warga Libya dan Yemen berusia 20 tahun dan 22 tahun.

Sebelum ini, suspek utama yang juga pemandu kereta dalam kejadian itu, direman selama lima hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang mana ia berakhir hari ini.

Rabu lalu, Wan Amirah Wan Alias maut selepas dirempuh oleh seorang lelaki warga asing yang berang selepas pengawal keselamatan di situ tidak membenarkannya parkir di petak parkir orang kurang upaya (OKU).

Kes Langgar Wan Amirah Suspek Utama Disiasat Mengikut Seksyen 302 Kerana Membunuh

ArticlePublished 23 Oct 2018 6.43 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM