Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kes Langgar Lari Di Cyberjaya Reman Lelaki Libya Disambung

Published: 23 Oct 2018 6.38 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
SEPANG - Tempoh reman ke atas pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan hingga meragut nyawa seorang kakitangan Telekom Malaysia Bhd (TM) Unifi di Shaftsbury Square, Cyberjaya di sini dilanjutkan sehingga ke hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kes-langgar-lari-di-cyberjaya-reman-lelaki-libya-disambung
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:02 MYT

SEPANG - Tempoh reman ke atas pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan hingga meragut nyawa seorang kakitangan Telekom Malaysia Bhd (TM) Unifi di Shaftsbury Square, Cyberjaya di sini dilanjutkan sehingga ke hari ini.

Perintah lanjutan reman selama sehari ke atas warga Libya iaitu Ahmed Abdil Ali, 24, dilakukan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Sepang Alpha Dragam di sini semalam.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan seorang wanita berasal dari Sabah dan tiga lelaki Arab ditahan pada tengah malam Khamis lalu sebelum mereka direman selama empat hari.

Keempat-empat individu yang ditahan berusia 22 hingga 32 tahun itu merupakan pelajar sebuah universiti antarabangsa di Cyberjaya.

Dalam kejadian Khamis lalu, Wan Amirah Wan Alias,31, cedera parah selepas dirempuh dan diseret dengan sebuah kereta jenis Hyundai bemombor pendaftaran BHS 7999 ketika wanita itu meiintas jalan.

Selepas insiden berkenaan, pemandu kereta tersebut meninggalkan lokasi kemalangan. Klip video rakaman kejadian berdurasi 11 saat itu menjadi tular di media sosial dan mendapat kecaman netizen ekoran kereta itu dilihat dipandu secara berbahaya.

Susulan kejadian itu, polis Sepang melakukan operas! mengesan kenderaan dan pemandu kereta tersebut. Operasi itu berakhir dengan empat individu ditahan di Persiaran Putra Permai, Seri Kembangan dan di sebuah kediaman dekat Verdi Residence, Symphony Hills Cyberjaya.

Sumber- Kosmo!

Kes Langgar Lari Di Cyberjaya Reman Lelaki Libya Disambung
ArticlePublished 23 Oct 2018 6.38 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM