Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kes Bunuh Kanak Kanak Perempuan Polis Sudah Tahan Seorang Lelaki Warga Asing Untuk Bantu Siasatan

Diterbitkan: 10 Feb 2019 3.00 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Polis sudah menahan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat kanak-kanak perempuan di padang ragut Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan dekat sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kes-bunuh-kanak-kanak-perempuan-polis-sudah-tahan-seorang-lelaki-warga-asing-untuk-bantu-siasatan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:13 MYT

 

Pekan, 10 Februari 2019 - Polis sudah menahan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat kanak-kanak perempuan di padang ragut Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Pekan, Supt Amran Sidek yang mengesahkan penahanan itu, berkata suspek dipercayai merupakan individu terakhir dilihat bersama mangsa.

Beliau, bagaimanapun, enggan mengulas lanjut mengenai penahanan itu sehingga selesai proses bedah siasat ke atas mayat tersebut di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, esok.

"Setakat ini, saya hanya boleh mengesahkan suspek direman selama 14 hari mengikut Akta Imigresen," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Amran berkata identiti mayat dikatakan kanak-kanak perempuan dikenali sebagai Siti Masyitah Ibrahim, 11, yang dilaporkan hilang sejak 30 Jan lalu, itu juga masih tidak boleh disahkan.

ArtikelDiterbitkan 10 Feb 2019 3.00 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM