Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Wira Wira Penjaga Daulat Negara

Diterbitkan: 03 Sep 2019 1.59 AM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
Tanggal 31 Ogos lalu, genap 62 tahun kita mengecap nikmat merdeka. Pembebasan Tanah Melayu daripada penjajah adalah hasil perjuangan para pemimpin, anggota keselamatan dan rakyat segenap bangsa yang sanggup mengorbankan nyawa dan harta benda.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-wira-wira-penjaga-daulat-negara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 09:41 MYT

Tanggal 31 Ogos lalu, genap 62 tahun kita mengecap nikmat merdeka. Pembebasan Tanah Melayu daripada penjajah adalah hasil perjuangan para pemimpin, anggota keselamatan dan rakyat segenap bangsa yang sanggup mengorbankan nyawa dan harta benda.

Walaupun lebih enam dekad berlalu, namun jasa penjaga daulat negara sungguh besar dalam memelihara nikmat merdeka yang telah kita kecapi pada tahun 1957.

Seorang bekas pasukan 69 Komando, Sarjan Mejar (B) Shamsudin Sham, 69, merupakan antara anggota yang menyelinap masuk ke dalam hutan untuk berdepan dengan komunis ketika itu.

Pada usia lewat 20-an ketika itu, beliau yang terpilih menyertai pasukan berkenaan sanggup berkorban demi negara meskipun terpaksa meninggalkan isteri dan dua anaknya tanpa sebarang jaminan sama ada akan pulang bernyawa atau sekadar jasad.

Sementera itu, seorang lagi bekas pasukan 69 Komando, Sarjan Mejar (B), Sakrani Hashim, 63, turut berkongsi pengalaman bertempur dengan musuh.

Berbeza dengan rakan lain yang melawan komunis, Sakrani berkongsi kisahnya melawan pengganas yang menceroboh Lahad Datu, Sabah pada tahun 2013. Lebih hebat, ketika itu usianya sudah 57 tahun, tiga tahun sebelum pencen.

"Pertempuran ketika itu berbeza dengan pertempuran yang saya pernah terlibat dulu kerana ia adalah peperangan konvensional. Berlaku di kawasan ladang kelapa sawit yang terang. Kita boleh nampak mereka dan berbalas tembakan," katanya.

"Tiada kata-kata untuk menzahirkan rasa sedih selepas pertempuran, kita melihat anggota pasukan yang cedera dan sudah tidak bernyawa," katanya.

Bacaan penuh kisah menarik ini melalui keratan akhbar yang disertakan. 
Sumber: Sinar Harian

Image may contain: 2 people
ArtikelDiterbitkan 03 Sep 2019 1.59 AMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM