Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Waspada Scam Emosi Derma Sepanjang Bulan Ramadan

Published: 19 Feb 2026 7.11 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Penipuan ini sering berlaku melalui tawaran harga terlalu murah, pautan palsu penghantaran bungkusan, serta kempen derma yang tidak sah. Penjenayah menggunakan taktik kejuruteraan sosial dengan memanipulasi emosi seperti teruja, simpati dan takut supaya mangsa bertindak tanpa berfikir panjang.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-waspada-scam-emosi-derma-sepanjang-bulan-ramadan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 07:57 MYT
Kesibukan umat Islam membuat persiapan Ramadan dan Aidilfitri membuka ruang kepada peningkatan kes penipuan dalam talian, khususnya yang mengeksploitasi emosi dan keinginan masyarakat untuk berbelanja serta bersedekah.

Penipuan ini sering berlaku melalui tawaran harga terlalu murah, pautan palsu penghantaran bungkusan, serta kempen derma yang tidak sah. Penjenayah menggunakan taktik kejuruteraan sosial dengan memanipulasi emosi seperti teruja, simpati dan takut supaya mangsa bertindak tanpa berfikir panjang.

Modus operandi lazim termasuk mesej pesanan ringkas atau WhatsApp yang memaklumkan kononnya terdapat bungkusan tertangguh dan memerlukan bayaran caj tambahan kecil. Selain itu, wujud juga akaun media sosial palsu yang menyamar sebagai organisasi kebajikan bagi meraih sumbangan orang ramai.

Peningkatan transaksi digital sepanjang Ramadan termasuk pembelian dalam talian, pembayaran zakat dan derma turut meningkatkan risiko pendedahan kepada scam. Mangsa sering terpedaya kerana gagal menyemak kesahihan maklumat dan bertindak secara tergesa-gesa.

Ikuti kupasan lanjut bersama Pensyarah Kanan Jabatan Hubungan Antarabangsa, Keselamatan dan Undang-Undang, Fakulti Pengajian Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Superintenden Norazlin Che Mohd Noor menerusi keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of text that says 'Oleh Waspada scam emosi, derma sepanjang Ramadan perintendan Norazlin talian shrencana@ibih.com.my bh.commy 特果姐 di
ArticlePublished 19 Feb 2026 7.11 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM