
Article
Keratan Akhbar Pilihan Warga Singapura Antara Tiga Diberkas Edar Dadah Lebih Rm3 Juta
Johor Bahru, 15 Februari 2025 - Sekumpulan tiga lelaki termasuk seorang warga Singapura tidak sempat berseronok dengan hasil jualan dadah apabila diberkas poli...
Johor Bahru, 15 Februari 2025 - Sekumpulan tiga lelaki termasuk seorang warga Singapura tidak sempat berseronok dengan hasil jualan dadah apabila diberkas polis dalam tujuh serbuan di sekitar bandar raya ini.
Ketua Polis Johor, CP Datuk M. Kumar S. Muthuvelu berkata, hasil soal siasat ke atas suspek, pihaknya menyerbu sebuah kondominium di Danga Bay, di sini dan menahan seorang lelaki warga Singapura berusia 47 tahun.
“Kondominium yang disewa itu dijadikan tempat membungkus pelbagai jenis dadah serta stor simpanan bahan terlarang tersebut.
“Hasil soal siasat ke atas kedua-dua suspek, polis berjaya menahan seorang lagi rakan mereka, seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun di kawasan tempat meletak kereta kondominium yang sama,” katanya pada sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini semalam.
Pihak polis kemudian melakukan empat lagi serbuan ke atas tiga kondominium dan sebuah rumah teres di Danga Bay, Setia Indah, Pelangi Indah dan Tampoi, di sini.