
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Warga Asing Terbabit Jenayah Meningkat Timbalan Kpn
Menegaskan perkara itu kepada Utusan Malaysia, Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sebanyak 2,366 orang...
Petaling Jaya, 25 Disember 2023 - Jumlah rakyat asing yang ditangkap kerana terbabit jenayah meningkat 20.09 peratus dalam tempoh 11 bulan pertama tahun ini.
“Ini kerana pintu sempadan dibuka semula dan tiada lagi sekatan jalan raya antara sempadan daerah atau negeri menyebabkan mereka mengambil kesempatan melakukan jenayah demi kelangsungan hidup,” katanya di sini semalam.
Kata beliau, berdasarkan rekod, seramai 19,401 orang warga asing ditahan sepanjang lima tahun kebelakangan ini bagi tempoh sama iaitu Januari sehingga November 2019 kerana melakukan jenayah.
Menurutnya, seramai 10,548 orang ditangkap pada 2019 diikuti 2020 (2,510 orang) selain 2021 (2,020 orang) dan 2022 (1,957 orang).
“Pada tahun 2020 hingga 2022 dilihat penurunan yang drastik dibandingkan dengan tahun 2019. Ini disebabkan wabak Covid yang melanda negara dan sempadan negara ditutup,” jelasnya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.