
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Wanita Perlu Tegas Tepis Gurauan Jelik
Gangguan seksual boleh didefinisikan sebagai apa-apa kelakuan tidak diingini yang bersifat seksual dalam apa-apa bentuk sama ada secara lisan, bukan lisan, vis...
Gurauan dengan perkataan lucah sehingga membabitkan sentuhan yang sebenarnya tidak direlakan oleh mangsa.
Gangguan seksual boleh didefinisikan sebagai apa-apa kelakuan tidak diingini yang bersifat seksual dalam apa-apa bentuk sama ada secara lisan, bukan lisan, visual, isyarat, fizikal yang ditujukan kepada seseorang yang secara munasabahnya menyinggung atau menghina atau suatu ancaman kepada kesejahteraannya.
Untuk rekod, statistik Polis Diraja Malaysia menunjukkan ada 477 kes gangguan seksual dilaporkan pada tahun lalu.
Wanita adalah golongan paling terdedah dengan gangguan seksual di tempat kerja sehingga wujud kes mangsa mengambil keputusan berhenti kerja akibat tidak tahan dijadikan ‘bahan' gangguan seksual rakan sekerja lelaki.
Gangguan seksual tempat kerja yang biasa didengari adalah berbentuk gurauan, namun adakalanya ia membabitkan sentuhan jika mangsa tidak tegas mencegah perkara itu.
Lazimnya, pekerja lelaki akan mencuba ‘bahan gurauan jelik’ dahulu untuk melihat maklum balas ‘mangsa sasaran' dan jika penerimaannya positif, tidak hairan ia akan membabitkan sentuhan dalam jangka panjang.
Wanita sebenarnya perlu tegas menolak sebarang bentuk gurauan, perkataan, percakapan atau perbualan yang menjurus kepada gangguan seksual di tempat kerja.
Penolakan yang tegas daripada wanita mampu mencegah normalisasi berkenaan.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.