Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Wanita Besi Sang Saka Biru

Published: 10 Mar 2024 12.07 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kehadiran wanita dalam pasukan beruniform dan penguatkuasaan undang-undang semakin meningkat sejak beberapa tahun ini. la menandakan kemajuan yang ketara ke arah kesaksamaan jantina dalam profesion tradisional yang didominasi lelaki.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-wanita-besi-sang-saka-biru
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:29 MYT
Kehadiran wanita dalam pasukan beruniform dan penguatkuasaan undang-undang semakin meningkat sejak beberapa tahun ini. la menandakan kemajuan yang ketara ke arah kesaksamaan jantina dalam profesion tradisional yang didominasi lelaki.
Walau bagaimanapun, di sebalik kemajuan ini, wanita dalam polis menghadapi pelbagai cabaran yang unik. Daripada stereotaip kepada halangan fizikal dan psikologi, pegawai wanita melayari landskap yang kompleks sambil mereka berusaha untuk berkhidmat dan melindungi komuniti.

Di Malaysia, salah seorang figura wanita dalam pasukan Sang Saka Biru yang kini sedang meniti puncak kerjaya ialah DCP Dato' Sasikala Devi Subramaniam. Menjadi antara tiga polis wanita memegang pangkat tertinggi di Malaysia iaitu DCP Dato' Sasikala kini bertugas sebagai Timbalan Ketua Polis Selangor.
Bagi Dato' Sasikala, wanita pada masa kini terutamanya dalam pasukan Polis Diraja Malaysia dilihat jauh lebih hebat, malah berkeyakinan untuk melangkah ke hadapan bagi mencapai kejayaan cemerlang.

"Jika sebelum ini secara tradisinya wanita adalah golongan pemalu dan kurang berkeyakinan, namun semuanya berubah seiring dengan peredaran zaman.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 10 Mar 2024 12.07 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM