Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Video Tular Gaduh Dituduh Curi Telefon

Diterbitkan: 29 Jan 2022 1.37 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ipoh, 29 Januari 2022 - Polis menahan dua lelaki dipercayai terbabit dalam pergaduhan di Station 18 di sini selepas rakaman video insiden itu tular di media sosial, kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-video-tular-gaduh-dituduh-curi-telefon
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:04 MYT
Ipoh, 29 Januari 2022 - Polis menahan dua lelaki dipercayai terbabit dalam pergaduhan di Station 18 di sini selepas rakaman video insiden itu tular di media sosial, kelmarin.

Ketua Polis Perak, CP Dato’ Pahlawan Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya semalam mengesan hantaran tular di media sosial membabitkan video pergaduhan yang dikatakan berlaku di Station 18.

Beliau berkata, hasil semakan, polis sudah menerima laporan mengenai kes berkenaan jam 11.51 malam kelmarin berkaitan kejadian rusuhan di hadapan sebuah restoran di lokasi kejadian.

Katanya, siasatan mendapati punca kejadian akibat salah faham dan tuduhan kecurian telefon bimbit membabitkan seorang lelaki yang tidak dapat dibuktikan.

"Kejadian membabitkan mangsa lelaki yang memandu Perodua Bezza dan dituduh mencuri telefon bimbit.

"Berikutan tuduhan itu, mangsa dikejar suspek sehingga kenderaan dipandu mangsa melanggar kereta lain sebelum berlaku rusuhan membabitkan sekumpulan remaja dipercayai bekerja sebagai penghantar makanan.

"Kenderaan mangsa dirosakkan menggunakan kerusi plastik, batu dan kon plastik" katanya dalam kenyataan media, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti lampiran.

May be an image of 2 people and text
ArtikelDiterbitkan 29 Jan 2022 1.37 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM