Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Video Tular Gaduh Babit Isu Tolak Bakul Sayur

Published: 16 Jun 2021 3.23 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 16 Jun 2021 - Polis akan memanggil beberapa individu untuk membantu siasatan kes pergaduhan sekumpulan lelaki dipercayai akibat perselisihan faham di Pasar Borong Kuala Lumpur, di sini, yang tular di media sosial sejak kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-video-tular-gaduh-babit-isu-tolak-bakul-sayur
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:49 MYT

#PKP #COVID-19

Kuala Lumpur, 16 Jun 2021 - Polis akan memanggil beberapa individu untuk membantu siasatan kes pergaduhan sekumpulan lelaki dipercayai akibat perselisihan faham di Pasar Borong Kuala Lumpur, di sini, yang tular di media sosial sejak kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Tuan Beh Eng Lai berkata, polis sudah memeriksa tiga video tular terbabit memaparkan sekumpulan lelaki menjerit-jerit dan berlaku tolak-menolak antara satu sama lain.

"Hasil siasatan awal mendapati pergaduhan berlaku di pasar borong itu jam 4.30 petang kelmarin disebabkan perselisihan faham antara dua pihak berkaitan isu menolak bakul sayur.

"Pasukan polis yang dihantar ke lokasi sejurus menerima maklumat mendapati pergaduhan sudah selesai sebaik mereka tiba dan tiada sebarang senjata digunakan," katanya.

Menurutnya, siasatan dibuat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan dan Peraturan 16(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

May be an image of text
ArticlePublished 16 Jun 2021 3.23 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM