Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Video Cadang Malaysia Israel Buat Hubungan Diplomatik Polis Sahkan Terima Laporan

Diterbitkan: 06 Dec 2023 8.27 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Seorang lelaki mendakwa dari Johor dikenali sebagai ‘Victor Yong Jen Ong' menggalakkan kerajaan Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-video-cadang-malaysia-israel-buat-hubungan-diplomatik-polis-sahkan-terima-laporan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:59 MYT
Kuala Lumpur, 6 Disember 2023 - Seorang lelaki mendakwa dari Johor dikenali sebagai ‘Victor Yong Jen Ong' menggalakkan kerajaan Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel.

Lelaki terbabit mencadangkan perkara itu ketika ditemu bual pempengaruh Israel, Hananya Naftali.

Terdahulu, rakaman video berdurasi lima minit 33 saat dimuat naik Hananya Naftali tular di aplikasi X, sejak kelmarin.

Dalam video itu, Hananya menemu bual Victor Yong Jen Ong yang mendakwa dia berasal dari Johor.

Rakaman itu memaparkan pandangan Victor yang menggalakkan Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel selain menyentuh sensitiviti umat Islam dengan memetik ayat al-Quran secara salah bagi menjustifikasikan agenda terbabit.

Bengang dengan perkara itu, individu dikenali sebagai Encik Syed Muhammad Shafiq Syed Jaafar, 36, membuat laporan polis berkaitan penularan video terbabit.

Encik Syed Muhammad Shafiq membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, dengan ditemani peguam, Encik Rafique Rashid bersama beberapa wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro-Palestin.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of slow loris and text
ArtikelDiterbitkan 06 Dec 2023 8.27 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM