
Article
Keratan Akhbar Pilihan Video Cadang Malaysia Israel Buat Hubungan Diplomatik Polis Sahkan Terima Laporan
Seorang lelaki mendakwa dari Johor dikenali sebagai ‘Victor Yong Jen Ong' menggalakkan kerajaan Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel.
Kuala Lumpur, 6 Disember 2023 - Seorang lelaki mendakwa dari Johor dikenali sebagai ‘Victor Yong Jen Ong' menggalakkan kerajaan Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel.
Lelaki terbabit mencadangkan perkara itu ketika ditemu bual pempengaruh Israel, Hananya Naftali.
Dalam video itu, Hananya menemu bual Victor Yong Jen Ong yang mendakwa dia berasal dari Johor.
Rakaman itu memaparkan pandangan Victor yang menggalakkan Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel selain menyentuh sensitiviti umat Islam dengan memetik ayat al-Quran secara salah bagi menjustifikasikan agenda terbabit.
Bengang dengan perkara itu, individu dikenali sebagai Encik Syed Muhammad Shafiq Syed Jaafar, 36, membuat laporan polis berkaitan penularan video terbabit.
Encik Syed Muhammad Shafiq membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, dengan ditemani peguam, Encik Rafique Rashid bersama beberapa wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro-Palestin.