Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Usm Pdrm Tingkat Kepakaran Sains Forensik

Diterbitkan: 13 May 2026 6.43 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.55 PM
Kuala Lumpur, 13 Mei 2026 - Kerjasama strategik dijalin Universiti Sains Malaysia (USM) dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat memperkukuh kepakaran sains forensik negara ke tahap lebih profesional dan berdaya saing demi kepentingan masyarakat serta keselamatan negara.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-usm-pdrm-tingkat-kepakaran-sains-forensik
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:04 MYT

Kuala Lumpur, 13 Mei 2026 - Kerjasama strategik dijalin Universiti Sains Malaysia (USM) dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat memperkukuh kepakaran sains forensik negara ke tahap lebih profesional dan berdaya saing demi kepentingan masyarakat serta keselamatan negara.

Susulan itu, pemeteraian memorandum perjanjian (MoA) diadakan antara kedua-dua pihak yang membuka ruang kepada pelajar mendalami latihan dalam suasana 'makmal sebenar' agensi penguatkuasaan itu, sekali gus memperkasa pelaksanaan program Sarjana Muda Sains Forensik dan meningkatkan ekosistem latihan serta penyelidikan forensik negara.

Naib Canselor USM, Profesor Dato' Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed berkata, kerjasama antara Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM dan PDRM itu adalah model kolaborasi akademik serta agensi penguatkuasaan yang signifikan dalam pembangunan pendidikan dan kepakaran sains forensik.

Beliau berkata, melalui kerjasama itu, pelajar program Sarjana Muda Sains Forensik USM berpeluang menjalani latihan praktikum di Maktab PDRM, Cheras pada semester akhir pengajian mereka.

Katanya, PDRM menyediakan akses kepada premis, makmal forensik, kemudahan penginapan dan bilik kuliah tertakluk kepada garis panduan keselamatan dan peraturan semasa.

"PDRM juga akan bertindak sebagai penyelia bersama kepada pelajar USM membabitkan sehingga 40 orang bagi setiap sesi latihan praktikum.

"Selain aspek latihan praktikal, kerjasama berkenaan akan turut memberikan penekanan kepada pembangunan penyelidikan forensik, penerbitan ilmiah, pertukaran data dan kepakaran serta penerokaan peluang geran penyelidikan secara bersama," katanya selepas menandatangani MoA itu bersama PDRM yang diwakili oleh Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, di Kuala Lumpur Golf and Country Club Convention Centre, di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran

May be pop art of text


ArtikelDiterbitkan 13 May 2026 6.43 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.55 PM