Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Usaha Hapuskan Pangkalan Haram
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.
Kuala Lumpur, 6 Mac 2024 - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan mengadakan pertemuan dengan kerajaan negeri Kelantan dalam masa terdekat untuk membincangkan isu menghapuskan pangkalan haram yang berisiko menjadi laluan sebarang bentuk penyeludupan.
Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, beliau telah mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa keselamatan sempadan, dua minggu lalu.
"Telah dibuat pembentangan oleh agensi perisikan keselamatan, bukan sahaja mereka bentangkan tentang permasalahan dan ancaman, mereka juga cadangkan jalan keluar antaranya adalah kewujudan pangkalan haram terutama di kawasan yang sempadan utara negara kita dengan negara jiran iaitu Kedah, Perlis dan Kelantan.
“Kewujudan pangkalan haram ini antara yang membawa kepada insiden penyeludupan. Caranya apa? Diangkat syor supaya kerajaan pusat, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan buat satu usaha bersama untuk lupuskan dahulu pangkalan haram,” katanya ketika majlis ringkas di kediamannya di sini pada Isnin.