Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Usah Berlembut Lagi Hapus Koloni Warga Asing Di Lokasi Strategik

Diterbitkan: 22 Dec 2023 7.00 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Penahanan sekurang-kurangnya 1,100 warga asing dalam operasi khas membabitkan lebih 1,000 anggota dan pegawai polis daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) di lokasi diberi jolokan 'Mini Dhaka' di Jalan Silang di ibu negara, semalam, mendedahkan kewujudan koloni warga asing di kawasan tumpuan utama negara.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-usah-berlembut-lagi-hapus-koloni-warga-asing-di-lokasi-strategik
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 00:21 MYT

Penahanan sekurang-kurangnya 1,100 warga asing dalam operasi khas membabitkan lebih 1,000 anggota dan pegawai polis daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) di lokasi diberi jolokan 'Mini Dhaka' di Jalan Silang di ibu negara, semalam, mendedahkan kewujudan koloni warga asing di kawasan tumpuan utama negara.

Operasi berkenaan dilakukan selepas pihak berkuasa menerima laporan dan aduan rakyat tempatan yang berasa rimas serta tidak selesa apabila berkunjung ke destinasi tumpuan negara kerana kawasan itu dikuasai warga asing sehingga ada yang semakin 'besar kepala' terhadap rakyat tempatan.

Hakikatnya, kewujudan koloni khas warga asing ini sudah tidak asing lagi kerana media pernah beberapa kali mendedahkan dan melaporkannya seperti di Selayang yang dikuasai warga Rohingya, warga China dan Korea turut didapati semakin bercambah di sekitar Ampang, Cheras dan Kuchai Lama, Puchong (Indonesia dan Bangladesh), selain Nilai 3 (Pakistan).

Ia termasuk kewujudan koloni warga India, Nepal, Arab dan Afrika di sekitar Lembah Klang. Di setiap koloni ini, warga asing terbabit membina kemudahan awam sendiri seperti surau, kedai runcit, restoran dan sekolah sekali gus membuktikan mereka sudah bertapak lama di Malaysia.

Warga asing yang sudah menjadi 'otai' di sini turut tidak menghormati orang tempatan sehingga berani menimbulkan masalah seperti gemar bergaduh, mabuk dan berkumpul beramai-ramai membuat bising mengganggu ketenteraman warga tempatan.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../usah-berlembut-lagi-hapus...

Sumber: Berita Harian

May be an image of text that says 'Minda Pengarang Usah berlembut lagi hapus koloni warga asing di lokasi strategik warga Ampang nembuktikan cokoli ertapak

ArtikelDiterbitkan 22 Dec 2023 7.00 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM