Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Upb Musnah Bom Lama Senjata Perang Dunia Kedua

Published: 07 Aug 2021 3.21 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Penolong Pengarah Persenjataan Kimia, Biologikal, Radiologikal, Nuklear dan Letupan (CBRNe), Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, ACP Tuan Mohammad Rafee Abu Bakar berkata, persediaan meletupkan bom itu bermula kelmarin, dengan membina benteng pasir dan parit bagi mengurangkan impak letupan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-upb-musnah-bom-lama-senjata-perang-dunia-kedua
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:27 MYT
Bera, 7 Ogos 2021 - Bom seberat 226 kilogram dipercayai tinggalan Perang Dunia Kedua sebesar sebuah tong gas yang ditemukan di Felda Triang 1 di sini, Isnin lalu, berjaya dimusnahkan pada jam 11.15 pagi semalam oleh Unit Pemusnah Bom (UPB) Bukit Aman.

Penolong Pengarah Persenjataan Kimia, Biologikal, Radiologikal, Nuklear dan Letupan (CBRNe), Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, ACP Tuan Mohammad Rafee Abu Bakar berkata, persediaan meletupkan bom itu bermula kelmarin, dengan membina benteng pasir dan parit bagi mengurangkan impak letupan.

Beliau berkata, tanpa benteng pasir dan parit, kesan letupan iaitu gegaran, bunyi dan haba dijangka boleh dirasai sejauh dua kilometer mengambil kira besar bom jenis UXO Arial Bomb sepanjang 36 inci (0.91 meter) dengan ukur lilit 32 inci (0.81 meter) itu.

"Operasi meletupkan dilakukan menggunakan wayar peletus yang disambungkan pada bom itu sebelum diaktifkan dari jarak 200 meter memandangkan keadaan bom yang terletak kira-kira tiga kaki (0.91 meter) ke dalam tanah adalah berisiko jika dialihkan.

“Letupan pertama berlaku kerana kita membelah bom itu untuk mengeluarkan bahan letupan bagi mengelakkan kesan letupan menyeluruh manakala letupan kedua yang lebih kuat kira-kira 15 minit kemudian adalah bagi meletupkan fius dan “booster”,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, di sini semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of standing, outdoors and text that says '24 + ww.hmetro.com.my lokal @hmetromy HarianMetro @hmetromy Sabtu 07.08.2021 Harian Metro asebera


ArticlePublished 07 Aug 2021 3.21 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM