
Article
Keratan Akhbar Pilihan Upah Rm15 Bagi Setiap Trip Seludup Petrol Ke Thailand
Tumpat, 20 April 2026 - Taktik licik seorang penyeludup membeli petrol secara berulang dengan mengambil upah RM15 bagi setiap trip selain menggunakan aplikasi...
Tumpat, 20 April 2026 - Taktik licik seorang penyeludup membeli petrol secara berulang dengan mengambil upah RM15 bagi setiap trip selain menggunakan aplikasi khas untuk komunikasi terbongkar, selepas ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pos Nibong, pagi kelmarin.
Kejadian jam 9.50 pagi itu menyaksikan tangkapan pertama PGA selepas agensi itu ditugaskan mengawal sembilan stesen minyak di kawasan sempadan di Kelantan.
Komander Briged Tenggara PGA, SAC Ahmad Radzi Hussain, berkata suspek berusia 32 tahun ditahan oleh Batalion 9 ketika pemantauan di sebuah stesen minyak.
Katanya, pihaknya mendapati kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero melakukan pembelian petrol secara berulang dalam tempoh sejam.
Susulan pembelian berulang itu dikesan, pihaknya mengekori kenderaan terbabit sebelum menahannya di sekat pintas Pos Nibong.