
Article
Keratan Akhbar Pilihan Unit Urb Dan Mpv Sentiasa Di Lapangan
Sebagai barisan hadapan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan Unit Kereta Peronda (MPV) tidak lepas daripada menerima kecaman dan p...
Kuala Lumpur, 1 April 2024 – Sebagai barisan hadapan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan Unit Kereta Peronda (MPV) tidak lepas daripada menerima kecaman dan pandangan serong masyarakat akibat tindakan segelintir anggotanya.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Darat, Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, ACP Che Haniza Che Senapi berkata, pihaknya berusaha keras untuk mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap PDRM.
Katanya, elemen URB dan MPV memainkan fungsi penting iaitu mengurangkan kadar jenayah dan menghapuskan niat jenayah menerusi rondaan seterusnya menghapuskan peluang jenayah dan pada masa sama menangani persepsi negatif masyarakat terhadap PDRM.