Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Unit Urb Dan Mpv Sentiasa Di Lapangan

Diterbitkan: 01 Apr 2024 3.57 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Sebagai barisan hadapan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan Unit Kereta Peronda (MPV) tidak lepas daripada menerima kecaman dan pandangan serong masyarakat akibat tindakan segelintir anggotanya.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-unit-urb-dan-mpv-sentiasa-di-lapangan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:19 MYT
Kuala Lumpur, 1 April 2024 – Sebagai barisan hadapan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan Unit Kereta Peronda (MPV) tidak lepas daripada menerima kecaman dan pandangan serong masyarakat akibat tindakan segelintir anggotanya.

Kehadiran mereka kadang-kadang dianggap hanya hadir untuk mencari kesalahan gara-gara tindakan kurang bijak sebilangan kecil anggota yang sekali gus memberi kesan negatif kepada keseluruhan warga PDRM yang penuh dedikasi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Darat, Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, ACP Che Haniza Che Senapi berkata, pihaknya berusaha keras untuk mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap PDRM.

Katanya, elemen URB dan MPV memainkan fungsi penting iaitu mengurangkan kadar jenayah dan menghapuskan niat jenayah menerusi rondaan seterusnya menghapuskan peluang jenayah dan pada masa sama menangani persepsi negatif masyarakat terhadap PDRM.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of 7 people and text that says 'Kuala Lumpur UNIT URB DAN MPV SENTIASA DI LAPANGAN Mohd Fadzil tro.com.my Ronda hapus jenayah, bukan '
ArtikelDiterbitkan 01 Apr 2024 3.57 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM