
Article
Keratan Akhbar Pilihan Undang Undang Jenayah Lompang Kpn
Shah Alam, 4 Disember 2024 - Undang-undang berkaitan jenayah yang sudah lapuk dan ketinggalan zaman antara kelemahan yang dikenal pasti menyebabkan penjenayah...
Shah Alam, 4 Disember 2024 - Undang-undang berkaitan jenayah yang sudah lapuk dan ketinggalan zaman antara kelemahan yang dikenal pasti menyebabkan penjenayah menukar pendekatan dengan menggunakan plattorm media sosial.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, teknologi berkembang dengan pantas, namun undang-undang yang sudah digubal sering ketinggalan.
“Banyak undang-undang sedia ada tidak cukup untuk menangani cabaran yang timbul daripada penggunaan media sosial termasuk jenayah siber dan jenayah seksual.
“Bagaimanapun, terdapat pindaan dalam undang-undang, antaranya di bawah Kanun Keseksaan (Akta 574) yang bertujuan memasukkan beberapa seksyen baharu bagi mengadakan peruntukan kesalahan dan penalti untuk kesalahan berkaitan instrumen pembayaran atau akaun di institusi kewangan," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Selasa.