
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Undang Undang Dibuat Untuk Dipatuhi Timbalan Kpn
Alor Setar, 19 September 2023 - Polis meminta semua pihak menghormati undang-undang dengan memberikan kerjasama yang baik kepada polis jika mahu menganjurkan s...
Alor Setar, 19 September 2023 - Polis meminta semua pihak menghormati undang-undang dengan memberikan kerjasama yang baik kepada polis jika mahu menganjurkan sebarang perhimpunan di negara ini.
Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, ada pihak menyatakan Himpunan Selamatkan Malaysia pada Sabtu boleh diadakan di bawah artikel 10 Perlembagaan Persekutuan, namun perkara itu juga perlu dilihat kepada artikel 10 (2) yang mana setiap kebebasan untuk berhimpun perlu ada batas untuk dipatuhi.
“Kita perlu mengimbangi antara hak asasi dengan keselamatan dan ketenteraman awam, itu kena jelas sebab polis tidak akan bertolak ansur.
“Jangan jadikan itu alasan untuk melanggar undang-undang. Undang-undang dibuat untuk dipatuhi.
“Undang-undang ini digubal dalam Parlimen oleh Yang Berhormat (Ahli Parlimen). Jika Yang Berhormat tidak menunjukkan contoh baik, bagaimana masyarakat nak mematuhi undang-undang,” katanya ketika sidang akhbar di sini pada Ahad.
Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Sinar Harian.