Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Tuntut Hukum Ikut Semangat Akta Pengarah Jspt

Published: 23 Oct 2020 3.05 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 23 Oktober 2020 - Mahkamah perlu menjatuhkan hukuman sesuai dengan 'semangat' pindaan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) (Pindaan) 2020, yang berkuat kuasa mulai hari ini, bertujuan mengenakan hukuman berat terhadap pesalah jalan raya yang disabitkan kesalahan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-tuntut-hukum-ikut-semangat-akta-pengarah-jspt
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:10 MYT

Kuala Lumpur, 23 Oktober 2020 - Mahkamah perlu menjatuhkan hukuman sesuai dengan 'semangat' pindaan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) (Pindaan) 2020, yang berkuat kuasa mulai hari ini, bertujuan mengenakan hukuman berat terhadap pesalah jalan raya yang disabitkan kesalahan.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, DCP Dato’ Azisman Alias berkata, pihaknya amat mengalu-alukan pindaan akta itu, terutama dalam usaha mengekang isu pemandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah.

"Sebagai agensi penguatkuasaan, ini adalah kejayaan JSPT dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha mengekang kes sedemikian, supaya pesalah dikenakan hukuman lebih berat dan setimpal.

"Banyak data kita kongsi dengan Kementerian Pengangkutan ketika proses membuat draf pindaan terhadap beberapa seksyen dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 itu," katanya kepada BH, semalam.

Dato’ Azisman berkata, pihaknya sentiasa menjalankan tanggungjawab menguatkuasakan undang-undang mengikut akta berkenaan dalam menjaga keselamatan pengguna jalan raya dan memastikan mereka mematuhi peraturan ditetapkan.

“Kita sentiasa bersedia melaksanakan undang-undang ini. Mahkamah perlu menjatuhkan hukuman seperti mana 'semangat' pindaan Akta Pengangkutan Jalan itu yang berkuat kuasa mulai esok (hari ini)," katanya lagi.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Berita Harian.

Sumber: Berita Harian Online

Image may contain: 1 person, text that says 'RANG JALAN Nasional Akta hukuman berat pesalah jalan raya dikuat kuasa Tuntut hukum ikut 'semangat akta P
ArticlePublished 23 Oct 2020 3.05 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM