Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Tularkan Foto Ubah Suai Kenderaan Bantu Tangani Samseng Jalan Raya

Published: 25 Sep 2024 1.47 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Sungai Petani, 25 September 2024 - Polis Kedah meminta orang ramai menular menerusi media sosial apa juga gambar jenis kenderaan yang diubah suai, bagi membantu pihak berkuasa mengekang kegiatan lumba haram dan samseng jalanan di negeri ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-tularkan-foto-ubah-suai-kenderaan-bantu-tangani-samseng-jalan-raya
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:32 MYT
Sungai Petani, 25 September 2024 - Polis Kedah meminta orang ramai menular menerusi media sosial apa juga gambar jenis kenderaan yang diubah suai, bagi membantu pihak berkuasa mengekang kegiatan lumba haram dan samseng jalanan di negeri ini.

Ketua Polis Kedah, CP Dato’ Fisol Salleh, berkata masalah lumba haram dan rempit sudah lama berlaku dan ia memerlukan pembabitan semua pihak untuk membendungnya.

“Saya nak warga Kedah, sila ambil gambar jika nampak kenderaan, sama ada kereta atau motosikal, malah basikal juga.

“Sekiranya ada motosikal yang diubah suai itu dan tidak mengikut spesifikasi, tayar sotong, brek dibuang, karburator dinaik taraf untuk merempit, ambil gambar.. tularkan.

“Jika kenderaan ini berada di jalan raya, orang ramai boleh mengambil gambar dan tular lepas itu, polis akan mengesan sehingga ke rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Media Pelupusan Barangan Kes Trafik dan Narkotik di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, dekat sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.
 
ArticlePublished 25 Sep 2024 1.47 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM