
Article
Keratan Akhbar Pilihan Tukang Gunting Jadi Polis
Pelanggan tetap yang juga bekas pegawai kanan polis menjadi inspirasi buat tukang gunting rambut untuk menyertai Pasukan Polis Diraja Malaysia.
Kuala Lumpur, 18 November 2023 - Pelanggan tetap yang juga bekas pegawai kanan polis menjadi inspirasi buat tukang gunting rambut untuk menyertai Pasukan Polis Diraja Malaysia.
Berkongsi kisah itu, anak kelahiran Ipoh, Perak, Inspektor Muhamad Amir Faris Basri, 28, berkata, dia yang bekerja sebagai tukang gunting rambut di Ipoh sering memotong rambut seorang bekas pegawai kanan polis.
“Pelbagai kisah dikongsi menyebabkan saya berminat menyertai Pasukan keselamatan ini selain saya juga adalah bekas atlet Sukan Malaysia dalam pertandingan menembak,” katanya ketika ditemui, semalam.
Terdahulu, seramai 538 pelatih menyempurnakan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan Inspektor Pelatih Bilangan 10 Siri 1/2023 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.